Wednesday, December 17, 2008

Rest & Relax @ PD


THE LEGEND WATER CHALET



BILIK MEMBER YANG TERKUNCI


MR. EVENT SEDANG MENGUSAHAKAN BERSAMA MR.FEDANZA, AYIN & LATIFF


MEM2 YANG MEMERHATI ANAK SAMBIL MATA MELIRIK KE ARAH BAPAK2.....


KEMBAR!!!!!!!!!! (NAJIHAH & AIN NAJWA)


BAPAK - BAPAK YANG MAIN AIR.....MENGALAHKAN ANAK2


BBQ NITE



Ari sabtu & ahad lepas, aku, suami & buah hatiku (sapa lagi najihah ler) ada di PD coz club kete laki aku ada wat event kat sana..........REST & RELAX @ PD. Memang sempoi & kena la pada title nye tuh......Sedikit sebanyak coretannya : -

Sabtu (13/12/2008)

Kul 1 tgh kuar umah, jumpa ayin kat Esso Safari, terus gerak g Shell Sg. Besi. Sampai sana anish dah menunngu, so kitorang tunggu la pulak si Vernoz. Dalam kul 2.30 Vernoz pun sampei terus gerak coz VP lambat lagi katanya....jalan jammed. On d way VP call ckp dia akan joint d convoy, erm....dah pukul 3.30ptg ni, perut aku lapar x hinggat, ye la orang ada baby la katakan.......So kitorang semua berhenti kat RNR Seremban, isi perut dulu....dalam kul 4ptg sambung perjalanan balik.

Kul 5.30 sampai kat THE LEGEND WATER CHALET, geng2 southern dah sampai dulu.......Park kete, turun lobi, amik kunci bilik, so masing2 sibuk cari bilik....Bila dah dpt bilik, apa lagi, junior aku & Kak Lin(Wife AYIN) dah x sabar nak mandi.....Apalagi tukar baju gedebush..... Yang x tahan tu bapak2 ni pun sibuk gak....tapi kesian kat member ni x leh masuk bilik la pulak.. ada la 1/2 jam nak buka bilik dia tu tp dengan kepakaran Mr. EVENT kita ianya dapat dibuka akhirnya....

Sebelah malamnye pulak kitorang ada BBQ, menu - MEEHUN GORENG, AYAM BAKAR, IKAN CENCARU BAKAR, OTAK2, BUAH, AIR.......yummy....Jam dah pukul 10.30mlm, junior dah ngantuk....so mak2 ni bw anak masuk bilik, tapi bukan bilik masing2 tapi bilik VP jadi mangsa......heheheh........Apa lagi.....pot pet pot pet ler.....tetiba hp aku masuk sms ckp "PA G MINUM KAT LUAR", jawabnye.....lambat la tu balik......


AHAD (14/12/2008)

Pagi lg aku dah bangun, siap2 nak kuar g bekpes, kat lobi tunggu si OPEL, VP, ATAN, BALLACK......kitorang g bekpes kat mana aku pun x tau....Balik chalet dlm kul 10.30, najihah nak mandi pool lagi......kul 12tgh siap2 nak check out.....x kisah nak check out kul bape.......Aku check out awal coz nak jumpa in law kat Nilai...

Cari2 Aiman, dia x de la pulak kat chalet, tgh mentedarah kat luar....so aku pun g la sana.....nama kedai (PAK ALANG KOPITIAM)..rupanya rakan sebontot pun ada (BJENG & LAN)..hehehe jangan mare ye......Aku dgn hubby pun joint le, dah tgh beb, lapar....Kul 2.00tgh gerak g Nilai........

Walaupun event ni sempoi tapi best...........(hehehe mana x best aku ni menunggu hari nak bersalin tapi blh merayap sampai PD)........


Tuesday, November 25, 2008

Cinta & Kebahagiaan

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yg telah pun terbuka untuk kita.

Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.


Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang...

Carilah seseorang yang bisa membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram.

Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang anda inginkan, pergilah ke mana-mana yg anda ingin tujui dan jadilah apa yg anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan anda kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan anda bahagia...

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan.

Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam

" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"

Monday, November 24, 2008

TERIMA KASIH SEGALANYA

Terima Kasih kuucap kepadamu HAIRUL AFANDI
kerana sudi menyayangi diriku
semoga kita bersama dan setia

Aku bersyukur pada Tuhan Yang Esa
kerana dia yang menemukan kita
semoga kita mendapat rahmat darinya.......

Hidup bahagia oh kasih indahnya kurasakan
Sewaktu engkau ada bersama disisiku indahnya cintamu
Biarpun apa yang terjadi rela kutempuh
Asal kau tahu hargai pengorbananku ini terhadap dirimu

Sewaktu kau berduka aku ada disisi menemani
Sewaktu kau gembira jangan pula kau lupa diri ini
Andainya aku tiada abadikan cinta kita sepanjang hayatmu.....

HATI

Bila kita bercakap pasal hati, setiap orang mempuyai tanggapan yang berbeza......

Hati......... amat sukar diduga...........kadangkala sedih, kadangkala gembira.........

Kesedihan, kadangkala bukan dapat kita kongsi dengan orang yang kita sayang dan cintai.....

Kegembiraan, seboleh-bolehnya ingin kita kongsi dengan semua orang...........